ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gerabak tren LRT lama yang terbiar di Ulu Yam bukan milik Prasarana

Berita Tempatan

Views
Heartpatrick Urban Exploring: Abandoned LRT Train Cars in Ulu Yam

Prasarana Malaysia Berhad berkata gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang didakwa terbiar usang dalam video yang tular di media sosial, sebagai bukan milik syarikat itu lagi.

Menurut Malaysiakini, pemilikan gerabak tren tersebut dipindahkan kepada CSR-Zhuzhou pada 2014 sebagai sebahagian daripada program beli balik (buy-back) bagi pembelian 50 set kereta api baharu yang kini digunakan untuk LRT aliran Ampang-Sri Petaling.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Kenyataan itu selepas siri video yang didakwa menunjukkan sejumlah kereta api yang terbiar di satu kawasan terbuka di Ulu Yam, Selangor. Video tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Ia mencetuskan perdebatan dengan ada yang mempersoalkan mengapa tren tersebut, yang ditamatkan perkhidmatannya pada enam tahun lalu, dibiarkan di kawasan terbuka.

Menurut Prasarana, CSR-Zhuzhou mengesahkan yang tren itu telah dijual kepada pihak ketiga pada 2016, yang kemudian meletakkannya di satu kawasan milik persendirian di Ulu Yam.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Kata syarikat itu, memandangkan ia bukan aset mahupun tanggungjawab Prasarana, tidak sesuai untuk pihaknya mengulas lanjut.

Tidak jelas siapakah pemilik semasa tren itu yang digunakan untuk LRT aliran Ampang dan Sri Petaling selama sembilan tahun sejak sistem itu mula beroperasi pada 1996.

Ia tidak lagi digunakan apabila Prasarana membeli 50 tren enam gerabak berjumlah RM990 juta daripada CSR-Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd pada 2015.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply