ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

Foto Intipan

Views

Masih tak puas menatap foto Perodua Bezza 2020 (facelift)? Kami belanja lagi anda foto intipan terbaharu yang telah berjaya dirakam oleh pembaca setia laman web ini, Leyo My sebentar tadi. Foto-foto gerombolan Bezza 2020 ini telah dikesan di Pelabuhan Sejingkat, Kuching, Sarawak.

JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!

Sudah jelas lagi bersuluh dan tanpa perlu berselindung, gerombolan Bezza 2020 ini hanya menanti masa untuk tiba di bilik pameran Perodua di sekitar negeri Sarawak dalam masa terdekat. Ia juga bermakna pelancaran rasmi model ini sudah semakin hampir.



JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Bila melihat foto-foto terbaharu ini, minda penulis terus teringat kepada model konsep Bezza yang dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada tahun 2010. Kali ini Perodua juga tidak lokek untuk memberikan skirt sisi dan cermin sisi dengan indikator signal pada kedua-dua varian 1.0 liter dan juga 1.3 liter, tidak seperti model sebelumnya.

Dengan adanya ciri-ciri baharu seperti Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0) untuk varian terpilih, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan pengenalan dua warna baharu yang menarik, kami berharap agar Perodua dapat menawarkan harga yang sangat berpatutan sungguhpun kami tahu penambahbaikan yang dilakukan kali ini melibatkan kos yang agak besar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply