Kali ini, pemandu kereta Honda pula kantoi selepas 59 kali terlepas bayar tol, dgn tunggakan bayaran sejumlah RM256.20 termasuk caj pentadbiran.
Kejadian berlaku mlm tadi di Lebuhraya Kajang SILK. Amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama oleh si pelaku. #Kantoi pic.twitter.com/5ttTffmELR
— PROLINTAS Kajang SILK (@SILKHighway) October 15, 2022
Selepas pemandu kereta jenis Proton X50 ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) kerana culas membayar tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50, kali ini giliran pemandu Honda City pula yang ‘terciduk’.
Menurut satu ciapan di laman Twitter PROLINTAS Kajang SILK, pemandu Honda City itu ‘kantoi’ selepas 59 kali terlepas bayar tol, dengan tunggakan bayaran sejumlah RM256.20 termasuk caj pentadbiran.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Dia berjaya ditahan di Lebuhraya Kajang SILK dan telah pun menjelaskan amaun kerugian pada masa dan di lokasi yang sama.
Dalam ruangan komen, PROLINTAS memberi pesanan untuk semua supaya jangan cuba elak untuk membayar tol. Pihaknya juga akan terus membuat operasi bagi mengesan pengguna-pengguna yang culas membayar tol.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit PROLINTAS Kajang SILK
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI