ARKIB

KATEGORI

Buletin

Go Auto buka cawangan baharu Haval di Skudai, Johor Bahru

Views

Pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia, Go Auto Sales Sdn Bhd bersama pengedar sah Ang Trading dan Motor Credit Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan pusat pengedar baharu HAVAL Malaysia di Skudai, Johor Bahru, Johor. Ia terletak di Taman Perindustrian Ringan Pulai, Johor Bahru dan akan memberikan akses lebih mudah kepada para pelanggan HAVAL yang tinggal di sekitar kawasan  Skudai dan Johor Bahru.

Dalam ucapan perasmian, Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, syarikat amat mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Ang Trading dan Motor Credit Sdn Bhd kerana menjadi sebahagian daripada perkembangan HAVAL Malaysia dan berharap mereka berjaya dalam jualan dan khidmat selepas jualan.

Cawangan terbaharu ini merupakan pusat pengedar yang ke-7 di Selatan Malaysia dengan empat daripadanya berada di Johor, dan secara keseluruhan syarikat mempunyai sebanyak 24 cawangan pengedar di seluruh negara. Model H1 didatangkan dengan jaminan tujuh tahun tanpa had perbatuan, manakala H2 pula didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu) dan kedua-duanya diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

HAVAL Malaysia ini menawarkan pelanggan baharu dan semasa Haval yang berminat untuk membeli SUV baharu dengan penjimatan dan insurans percuma sehingga RM3000. Selain dari promosi tersebut, syarikat bercadang untk mengadakan jerayawara seluruh negara di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang bakal diumumkan apabila acara hampir tiba.

Jerayawara di pusat membeli-belah menerusi Reimagine Campaign dan HAVAL Rocks The Town Tour bakal singgah di beberapa bandar utama di Malaysia dan setiap orang perlu mendapat maklumat terkini mengenai lokasi menerusi laman facebook atau laman mikro untuk melihat SUV dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang bakal dijalankan.

Untuk maklumat lanjut layari laman mikro http://reimagine.haval.my/
atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau hantarkan emel ke [email protected]. Selain itu layari laman sesawang www.haval.my atau laman Facebook rasmi www.facebook.com/havalmy atau laman Instagram di www.instagram.com/havalmy.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply