ARKIB

KATEGORI

Buletin

Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn. Bhd. bakal pemegang saham terbesar kelab Kedah Darul Aman FC

Berita Tempatan

Views

Portal bolasepak Football Tribe.com melaporkan, pengedar dan pemasang kenderaan buatan China, Go Auto Group dan syarikat perunding keselamatan, Flumen Holdings Sdn. Bhd. dilaporkan akan membeli saham pasukan Kedah kira-kira RM24 juta, sekali gus menjadi pemilik baharu pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super 2021.

Dua buah syarikat itu akan bekerjasama bagi membeli 80 peratus saham Darul Aman FC (DAFC) Sdn. Bhd. yang juga pemegang hak ke atas pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang ketika ini berada di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah).

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Presiden Kedah FA, Sanusi Md Nor berkata, ini merupakan gabungan antara syarikat dari China dan tempatan yang terdiri daripada anak-anak jati Kedah yang memiliki pengalaman dalam menguruskan pasukan bola sepak.

Tambah beliau, pihaknya telah memperhalusi perkara ini dan kedua-dua syarikat ini akan bergabung dengan memiliki 80 peratus saham dalam DAFC secara konsesi selama lima campur lima tahun, tertakluk kepada perjanjian yang ditentukan kemudian.

Sanusi berkata pemilihan kedua-dua syarikat itu adalah berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan, pembangunan perniagaan bola sepak yang mandiri serta membawa nilai dan aktiviti pelaburan berimpak tinggi kepada Kedah.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Sanusi juga mendedahkan kedua-dua syarikat itu akan turut terlibat dengan satu projek berimpak tinggi bagi menjadikan Kedah sebagai hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan utama di Asia Tenggara. Tambah Sanusi, projek ini akan menjana pelaburan langsung ke Kedah dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion.

Di pihak kerajaan negeri, mereka bersedia memberi laluan untuk membuat pelaburan di tanah seluas kira-kira 121 hektar di Sungai Petani bagi membawa masuk teknologi baharu khususnya kenderaan berasaskan elektrik. Langkah itu akan membawa peluang pekerjaan kepada lebih 8,000 orang selain membantu membuka ruang untuk kemasukan pemain industri automotif dan pertahanan terkemuka dunia.

Pengambilalihan dua syarikat itu merupakan satu berita baik buat Kedah selepas setahun bergelut dengan masalah hutang dan tunggakan gaji. Malah, pasukan Kedah akan beroperasi sepenuhnya menggunakan wang dari pemilik baharu dan tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kedah Darul Aman FC

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda Porrela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply