GoCar, semalam telah melancarkan program GoEV untuk menawarkan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) kepada pengguna di Malaysia. Pada fasa perintis ini, program GoEV boleh didapati di Lembah Klang melibatkan 25 unit kereta elektrik Nissan Leaf generasi terkini yang boleh dikongsi dan dilanggan.
Kini terdapat tiga zon perkongsian EV yang sudah beroperasi di lokasi-lokasi strategik dan mudah diakses iaitu hab GoCar Malaysia Petaling Jaya, MyTown Cheras dan Avenue K di KL City Centre.
GoCar mensasarkan untuk menawarkan 10 lagi zon GoEV menjelang akhir tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun, pihaknya sangat teruja untuk menawarkan akses EV yang lebih mampu milik kepada orang ramai.
Program GoEV kini terbuka kepada semua pemandu berusia 18 tahun dan ke atas. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli GoCar dan memilih pelan GoEV Share atau GoEV Subs.
Pilihan perkongsian yang ada buat masa sekarang hanya untuk perjalanan pergi balik (ambil dan pulangkan kereta di zon yang sama) dan penggunaan dalam jangka masa pendek – jam atau hari. Kadar bermula dari RM24.90 sejam atau RM249 sehari.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Sempena pelancaran GoEV, GoCar kini menawarkan potongan sebanyak 25 peratus ke atas semua perjalanan pergi balik GoEV Share yang ditempah sebelum 31 Januari 2022 dengan menggunakan kod promo “TRYGOEV”.
Mereka yang mahukan tempoh lebih lama untuk merasai pengalaman memandu sebuah EV boleh memilih langganan selama 36 bulan pada harga RM2,299 sebulan. Kadar tersebut merangkumi cukai jalan, insurans, servis berkala dan satu kotak pengecas di rumah.
Bagi melegakan kebimbangan mengenai jarak perjalanan untuk pelanggan yang berkongsi kereta, GoCar akan menyediakan kad ChargEV secara percuma untuk setiap kenderaan. Ia membolehkan pengguna mengakses hampir 300 stesen pengecasan di seluruh negara.
Stesen pengecasan dalam zon GoEV boleh digunakan secara percuma untuk semua ahli GoCar. Manakala hab GoCar Malaysia Petaling Jaya terbuka untuk semua jenama atau model EV.
Berikut adalah jadual kadar dan pelan untuk GoEV:
Tempoh tempahan | Perkongsian | Langganan | |||||
1 Jam – 2 hari | 3-6 hari | 7-13 hari | 14-29 hari | 30 hari & ke atas | 24 bulan | 36 bulan | |
Rates | Dari RM24.90/ sejam Dari RM249/ sehari | Dari RM211/ sehari | Dari RM175/ sehari | Dari RM138/ sehari | Dari RM106/ sehari | RM2,499 / sebulan
| RM2,299 / sebulan
|
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Bagaimana untuk menempah GoEV?
Melalui aplikasi mudah alih GoCar, pengguna boleh mendaftarkan akaun, memuatkan dokumen-dokumen yang diperlukan, memeriksa kebolehdapatan kenderaan, membuat tempahan untuk perkongsian atau langganan kereta, membuat pembayaran sepatutnya, selain mengunci dan membuka kenderaan.
Tidak perlu yuran pra-tempahan, namun, pelanggan perlu membayar deposit sekuriti yang akan dipulangkan kembali untuk memulakan pelan langganan. Pelanggan digalakkan untuk mengamalkan etika perkongsian yang baik.
Pelanggan yang berkongsi kereta GoEV perlu memastikan kabel pengecas disimpan dan kereta berada dalam keadaan bersih apabila dipulangkan.
Untuk menempah GoEV, muat turun aplikasi mudah alih GoCar. Maklumat lanjut mengenai GoEV dan GoCar Malaysia, sila layari laman hi.gocar.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI