ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Gojek hanya untuk orang miskin’ – Shamsubahrin mohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia

Berita Tempatan

Views

Susulan isu kenyataan kenyataan pengasas Big Blue Taxi Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail yang dianggap menghina geng ojek di Indonesia, akhirnya tuan empunya diri tampil membuat pemohonan maaf kepada seluruh rakyat negara berkenaan.

Menurut laporan terkini di Sinar Harian, beliau berkata kenyataan yang dibuat baru-baru ini bukanlah tuduhan liar atau  berniat untuk menghina rakyat Indonesia. Beliau berkata, kenyataannya berkaitan konteks miskin diambil kira dan difahami dengan cara yang salah.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Katanya, susulan itu beliau mendapat respon serta dihubungi rakyat Indonesia menerusi pelbagai platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter termasuk WhatsApp yang menyatakan pendirian mereka tentang perkara itu dan menggesanya memohon maaf. Tambahnya, sebagai rakyat Malaysia beliau ingin menjaga silaturahim antara dua negara yang baik selama ini.

Semalam, pemandu ojek mengancam akan mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini bagi membantah dakwaan penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Shamsubahrin berharap hubungan akrab antara Indonesia-Malaysia diteruskan dan dengan permohonan maaf tersebut, beliau berharap tiada demonstrasi dilakukan di Kedutaan Malaysia di Indonesia. Dalam masa yang sama, beliau tiada masalah dengan ojek namun mengingatkan kerajaan Malaysia supaya menjaga soal keselamatan dan jangan libatkan soal politik dalam hal membuat keputusan berkaitan rakyat.

Dalam pada itu, Shamsubahrin berkata, beliau juga berhasrat meluaskan perkhidmatan Big Blue Taxi ke Indonesia dan sudah membuat permohonan kepada negara tersebut. Dalam perkembangan lain, Shamsubahrin berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride dihidupkan semula oleh kerajaan berbanding membawa masuk Gojek ke Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Perak Today

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply