ARKIB

KATEGORI

Buletin

Golf R-Line dan GTI baharu antara tarikan pengunjung di Volkswagen Tour 2022

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat para peminat jenama Volkswagen! Siri jerayawara pertama Volkswagen Tour 2022 bakal membuka tirainya pada 23 hingga 27 Februari ini bertempat di 1 Utama Shopping Centre.

Acara yang dianjurkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mula dibuka kepada pengunjung mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari di Centre Court, Ground Floor (Old wing).

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Antara yang bakal menjadi tarikan utama pameran tersebut adalah model ikonik serba baharu Golf R-Line dan GTI, yang baharu sahaja dilancarkan pada minggu lepas.

Model yang dipasang di Pekan itu merupakan generasi Golf paling progresif dengan menampilkan prestasi yang ditambah baik, digitalisasi yang dipertingkatkan dan lebih banyak kawalan intuitif.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Selain itu, beberapa model lain yang dijangka turut mencuri tumpuan di sana nanti adalah varian andalan Arteon R-Line 4MOTION termasuk Passat R-Line dan Passat Elegance.

Sesi pandu uji turut ditawarkan untuk beberapa model terpilih, termasuklah Tiguan Allspace Highline. Acara ini akan dianjurkan mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan dan juga langkah-langkah #SafeHands.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply