ARKIB

KATEGORI

Info

Goodyear AERO concept – Tayar khusus untuk kereta terbang

Info

Views
Goodyear Aero - A two-in-one tire for the autonomous, flying cars of the future.

Sebenarnya kami nyaris terlepas pandang mengenai siaran media mengenai tayar konsep Goodyear AERO ini. Kebetulan punya ketika ini sedang hangat diperkatakan mengenai ‘kereta terbang‘ pertama negara yang sebenarnya bukanlah kereta terbang.  AERO merupakan inovasi terbaharu Goodyear yang direka khusus untuk kereta swapandu dan kereta terbang pada masa akan datang.

Tayar dua-dalam-satu ini boleh berfungsi sebagai tayar untuk pemanduan di jalan raya dan menjadi “kipas” dalam mod terbang. Menurut Ketua Pegawai Teknologi di Goodyear Chris Helsel, syarikat mobiliti kini beralih ke udara sebagai penyelesaian kepada cabaran pengangkutan dalam bandar dan kesesakan lalu lintas.

Tugas mereka adalah untuk menghasilkan tayar dengan seni bina tercanggih serta penggunaan bahan yang membolehkannya berfungsi sebagai tayar dan juga kipas. Konsep AERO merangkumi beberapa inovasi, antaranya ialah:

  • Reka bentuk Multimodal: AERO merupakan konsep rotor-condong multimodal yang berfungsi sebagai tayar di permukaan jalan dan menjadi kipas dalam mod penerbangan. Ini sekaligus memberi penumpang masa hadapan kebebasan untuk bergerak dari jalan ke udara.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya

  • Struktur Bukan-Pneumatik: Jejarinya akan memberikan sokongan untuk membawa berat kenderaan dan berfungsi sebagai bilah kipas untuk memberikan daya angkat apabila tayar dicondongkan. Tayar unik tanpa angin (airless) ini menggunakan struktur bukan-pneumatik yang cukup anjal untuk menyerap hentakan semasa dipandu atas jalan, dan cukup kuat untuk berputar pada kelajuan tinggi untuk membolehkan rotor menghasilkan daya angkat.
  • Pendorong Magnetik: Konsep AERO akan menggunakan daya magnetik untuk memberikan pendorongan nirgeseran (frictionless). Ini membolehkan kelajuan putaran tinggi yang diperlukan untuk memacu kenderaan di permukaan jalan dan semasa roda itu dicondongkan, ia akan mengangkat kenderaan ke udara dan menerbangkannya ke hadapan.

JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang

  • Penderia Optikal: AERO akan menggunakan asas-ringan, penderia gentian optik untuk memantau keadaan jalan, kehausan tayar dan integriti struktur tayar tersebut.
  • Kecerdasan Buatan (A.I.): Konsep ini turut menampilkan pemproses A.I. terbenam yang akan menggabungkan informasi dari penderia tayar dengan data dari kenderaan-ke-kenderaan dan kenderaan-ke-infrastruktur komunikasi. Pemproses ini akan menganalisa aliran data untuk mengesyorkan bentuk tindakan – membolehkan kenderaan untuk menyesuaikan diri dengan mod pemanduan atau penerbangan – dan mengenalpasti serta menyelesaikan isu-isu berkaitan tayar yang berpotensi sebelum ianya berlaku.

Walaupun AERO adalah reka bentuk konsep semata-mata, beberapa teknologi yang diketengahkannya, seperti struktur bukan pneumatik dan keupayaan tayar pintar, kini sedang dibangunkan oleh Goodyear, sementara yang lain mungkin menjadi asas untuk idea-idea baharu dan produk baharu berpotensi pada masa depan. Tambah Helsel lagi, konsep Goodyear bertujuan untuk mencetuskan perdebatan tentang teknologi tayar dan pengangkutan dalam ekosistem mobiliti baharu.

JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply