ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear dan Envoy uji program perintis penyelesaian perkongsian EV

Berita Global

Views

Goodyear Tire & Rubber Company baru-baru ini mengumumkan satu program perintis bersama Envoy Technologies yang merupakan syarikat penyedia perkongsian kenderaan elektrik (EV). Projek tersebut telah dilancarkan awal tahun ini di Ohio dan kini sedang menguji perkhidmatan yang disasarkan bagi meminimumkan masa tidak beroperasi untuk barisan flit kenderaan.

Penyelesaian ramalan penyelenggaraan tayar unik dari Goodyear untuk flit terhubung telah digunakan untuk meramal dan menyusun jadual yang diperlukan secara automatik bagi penyelenggaraan dan penggantian tayar.

Ia membolehkan pengurus flit Envoy memantau status flit mereka, menjadualkan keperluan servis dan mengemas kini janji temu menerusi program ini, secara tidak langsung mengekalkan operasi kenderaan dan mengelakkan isu-isu luar jangka yang mungkin menyebabkan perkhidmatan mereka tergendala.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Bagi mengatasinya, Goodyear mengumpul data dari kenderaan Envoy dan menggunakannya untuk meramal dan menjadual servis yang diperlukan. Kemudian, Goodyear akan menggunakan rangkaian outlet dan van bergeraknya untuk memberikan penyelenggaraan kepada kenderaan tersebut. Van bergerak itu boleh memasang tayar di lokasi stesen pengecasan sekaligus memastikan keselamatan kenderaan dalam masa yang singkat.

Envoy yang baharu beroperasi dua tahun merupakan syarikat syarikat pengendali perkongsian kenderaan EV sepenuhnya untuk komuniti dan mempunyai 100 buah kenderaan sedia ada dan bakal melancarkan 1,800 buah kenderaan lagi ke seluruh Amerika Syarikat termasuklah di Portland, Seattle, Austin, Chicago, New York, Boston, Miami, dan Washington DC.

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Goodyear pernah mengadakan kerjasama dengan Tesla dalam program Tesloop yang merupakan program mobiliti bandar-ke-bandar menggunakan kenderaan elektrik Tesla, serta Goodyear Proactive Solutions khusus untuk barisan trak komersil.

Program tersebut menggunakan teknologi telematik canggih dan analisis jangkaan bagi membolehkan operator flit mengoptimakan kecekapan bahan bakar dan mengenalpasti secara tepat serta menyelesaikan isu berkaitan-tayar sebelum ianya terjadi.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply