ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear diumum sebagai ‘penaja tayar rasmi’ Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024

Berita Tempatan

Views

Goodyear mengumumkan penglibatannya sebagai penaja tayar rasmi untuk pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di MITEC, Kuala Lumpur.

Acara permotoran tersohor di dunia itu bakal menampilkan teknologi automotif terkini, reka bentuk, dan banyak lagi dengan tujuan untuk menarik peminat kereta dari seluruh rantau ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Penyertaan Goodyear dalam acara ini menonjolkan komitmennya dalam memajukan prestasi dan teknologi tayar, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam inovasi dan kualiti.

Goodyear Malaysia juga bakal memperkenalkan pilihan tayar berprestasi tinggi terbaharunya dan berhubung secara langsung dengan komuniti automotif. bersempena dengan pameran berprestij ini.

Para peminat automotif dan peserta dijemput untuk melawat ke reruai Goodyear bagi melihat dengan lebih dekat teknologi tayar terkini yang direka untuk meningkatkan setiap pemanduan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Butiran acara adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 8 hingga 10 November 2024
  • Masa: 10:00 pagi hingga 10:00 malam
  • Tempat: MITEC, Kuala Lumpur

Ini adalah peluang terbaik untuk para peminat automotif merasai kualiti dan teknologi luar biasa yang dibawa oleh Goodyear ke jalan raya. Jom ramai-ramai ke sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply