ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear guna tenaga suria untuk membasmi pelepasan karbon

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia baru-baru ini telah memasang sebanyak 6,680 panel solar untuk menjana tenaga di pejabat korporat serta kilang pengeluarannya di Shah Alam. Mampu menghasilkan 2.5 megawatt kuasa, sistem solar itu disambungkan ke enam pencawang Voltan Rendah (LV) yang terletak di dalam kilang dan akan menjana tenaga elektrik bukan sahaja untuk kilang pembuatan, malah juga bangunan pejabat dan gudang.

Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata, pemasangan panel solar ini mengukuhkan komitmen mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon serta menjadikan masa depan yang lebih mesra alam untuk kilang Goodyear Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Setiap panel diperbuat daripada 375W Bifacial Monocrystalline Perc Double Glass Solar Modules, yang berupaya mengurangkan kos penggunaan elektrik. Panel-panel ini dianggarkan mampu mengurangkan 1,980,433.37 kilogram pelepasan karbon setiap tahun dalam tempoh 25 tahun.

Struktur ini termasuk modul suria, penyongsang (inverter), kawalan pengawasan dan pemerolehan data (SCADA), kerja-kerja kabel arus berganti dan arus langsung, yang membolehkan penyaluran tenaga elektrik yang lebih lancar dan mengawal kuasa terkumpul. Dengan teknologi ini, Goodyear bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan kos elektrik sambil meningkatkan reputasi kilang hijau dengan mengurangkan jumlah pelepasan Gas Rumah Hijau.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Tambah Hoge lagi, panel solar ini membolehkan mereka mengurangkan kos penggunaan elektrik dengan ketara. Buat masa ini mereka masih melanggan tenaga elektrik dari Tenaga Nasional, tetapi sebaik sahaja sistem ini dioptimumkan sepenuhnya, dijangka kuasa boleh terus disalurkan ke grid.

Selaras dengan usaha kemampanan, Goodyear turut menyertai latihan kitar semula tayar dengan inisiatif baharu menderma tayar ke SK 20 Seksyen Shah Alam. Tayar-tayar tersebut telah dijadikan sebagai hiasan dan pasu untuk sayur-sayuran dan bunga di sekitar sekolah.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply