Goodyear hari ini mengumumkan inisiatif ‘Zero Contact’ (Zero Contact), di mana pelanggan boleh mendapatkan tayar baharu di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang terlibat tanpa melibatkan sentuhan secara langsung sepanjang proses dijalankan.
Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, ‘Zero Contact’ adalah proses tanpa sentuhan secara langsung antara pekerja dan pelanggan, bermula dari menghantar sehingga mengambil semula kenderaan tersebut. Tambah beliau, pihaknya memutuskan untuk melaksanakan program ini di Malaysia susulan kejayaannya di Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara ASEAN yang lain.
Melalui perlaksanaan inisiatif ini, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan Goodyear Autocare pilihan mereka menerusii panggilan telefon atau WhatsApp di laman sesawang Goodyear Malaysia. Untuk menempah temujanji, layari www.goodyear.com.my/store di telefon mudah alih dan gunakan fungsi peta untuk memilih lokasi yang berhampiran.
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
Selepas memlilih lokasi, tekan ikon WhatsApp untuk membuat temujanji dengan pusat servis yang dipilih. Kawasan parkir ‘Zero Contact’ disediakan khas untuk pelanggan meletak kereta dan sebuah kotak juga disediakan untuk meletakkan kunci kereta mereka di premis. Pekerja yang bertugas akan mengambil kenderaan anda dan membuat pemasangan tayar baharu.
Sebelum kereta dikembalikan, pemeriksaan keselamatan kenderaan akan dilakukan di setiap 12 titik sentuhan utama untuk setiap kenderaan, diikuti dengan proses nyahkuman yang disediakan secara percuma. Apabila pelanggan mengambil kereta mereka di parkir ‘Zero Contact’, mereka akan menerima satu senarai semak yang diletakkan di dalam kereta.
Ia merupakan bukti pembersihan menyeluruh dan juga pemberitahuan berkenaan dengan kemungkinan masalah yang ditemui semasa pemeriksaan. Ini bagi memudahkan pelanggan untuk membaiki kenderaan mereka secepat mungkin. Langkah-langkah pencegahan lain juga akan dilaksanakan di Goodyear Autocare, antaranya pembersihan dan sanitasi di semua kawasan awam, termasuk segala kemudahan dan kesemua peralatan yang digunakan sebanyak tiga kali sehari.
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
Tempat duduk akan ditanda sebagai tempat duduk alternatif, manakala satu penanda akan diletakkan di lantai bagi memastikan penjarakan sosial satu meter semasa beratur. Pelanggan juga dinasihatkan untuk membuat pembayaran secara tanpa sentuhan seperti e-dompet, perbankan dalam talian atau paywave. Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma di mana-mana Goodyear Autocare sepanjang tempoh ‘Zero Contact’.
Mulai 1 Jun sehingga 31 Julai 2020, setiap pelanggan yang membuat pembelian empat unit tayar dan ke atas akan layak menerima payung Goodyear. Antara jenis tayar tersebut termasuklah:
- Kesemua kumpulan tayar Eagle F1 Asymmetric (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Kesemua tayar Eagle F1 (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Kesemua kumpulan tayar EfficientGrip (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Kesemua kumpulan tayar Run on Flat (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Wrangler DuraTrac
- Wrangler AT SilentTrac
Sebagai alternatif, pelanggan yang membuat pembelian empat unit tayar berikut dan ke atas akan layak mendapat tikar anti-gelincir Goodyear.
- Assurance Duraplus 2
- Assurance TripleMax (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Assurance TripleMax 2 (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Wrangler TripleMax (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Optlife (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
KOMEN TERKINI