ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia lancar Assurance DuraPlus 2, kini dengan Teknologi TredLife

Berita Tempatan

Views

Semalam Goodyear Malaysia telah melancarkan rangkaian tayar terbaharu, Assurance DuraPlus 2 dengan Teknologi TredLife yang direka untuk memberikan perbatuan lebih jauh dan ketahanan. Dengan menggunakan reka bentuk bunga tayar yang inovatif, bentuk berongga dan dirumuskan semula sebatian tahan lama, ia mampu memanjangkan hayat bunga tayar sejauh 110,000 km, tanpa menjejaskan keselamatan dan prestasi.

Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, berkata, Goodyear mempunyai komitmen yang kuat untuk terus berinovasi. Tayar ini mempunyai beberapa kemajuan terkini seperti corak bunga yang inovatif dan sebatian yang dirumus semula untuk menawarkan jangka hayat bunga yang panjang, cengkaman yang optimum, dan bunyi jalan yang minimum.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Reka bentuk bunga inovatif
Corak bunga pada Assurance DuraPlus 2 dilengkapi dengan reka bentuk simetri dengan lebar bunga yang lebih besar. Ini membolehkan kawasan permukaan yang lebih besar bagi tayar untuk bersentuhan dengan jalan pada bila-bila masa, dan juga tahap fleksibiliti yang lebih tinggi untuk berputar sekiranya kehausan tidak sekata.

Bentuk rongga yang dipertingkatkan pula membantu menambah jumlah perbatuan. Alur sisi sempit di sepanjang sisi tayar membantu mengurangkan bunyi jalan yang disebabkan oleh pengepaman angin. Kebisingan dikurangkan lagi dengan menggunakan jalur getah di antara lapisan dan pelapik untuk meredakan sebarang getaran secara fizikal.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Sebatian tahan lama yang dirumus semula 
Menerusi formula sebatian yang dipertingkatkan, kekuatan tegangan tayar dan rintangan haus telah meningkat dengan ketara, memastikan prestasi perbatuan yang tinggi. Penggunaan sebatian ini tidak hanya terdapat di sepanjang bunga tayar, tetapi juga di sepanjang dinding untuk menawarkan rintangan jangka panjang terhadap kerosakan yang disebabkan oleh faktor persekitaran.

Selain itu, tayar ini menggunakan sekurang-kurangnya dua lapisan modulus tinggi serta lapisan penyerapan rendah pada dinding sisi yang membantu untuk memastikan rintangan yang kuat terhadap kesan luaran. Benjamin Chong, Pengurus Produk Goodyear Malaysia berkata,  Assurance DuraPlus 2 mempunyai Teknologi TredLife, yang merupakan kombinasi corak bunga simetri, kompaun yang lebih baik dan binaan 2 lapisan sepanjang tayar.

Unsur-unsur ini mampu meningkatkan ketahanan keseluruhan tayar bagi memberikan jangka hayat yang tiada tandingan. Goodyear Assurance DuraPlus 2 kini boleh didapati di semua pusat Goodyear AutoCare di seluruh Malaysia, dengan saiz antara 13 hingga 16 inci. Harga runcit yang disyorkan adalah antara RM136.00 hingga RM293.00.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply