ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia lantik teraju baharu

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia semalam telah mengumumkan pelantikan Alex Ng sebagai Pengarah Urusan baharu bagi menggantikan Ben Hoge yang dinaikkan pangkat ke jawatan kanan dalam organisasi Eropah, Timur Tengah dan Afrika Goodyear (EMEA).

Ben Hoge yang telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Goodyear Malaysia sejak 2016, akan kembali untuk menerajui Operasi Jualan dan Akaun Utama Antarabangsa yang berpangakalan di ibu pejabat Goodyear EMEA di Brussels, Belgium berkuatkuasa 1 Ogos 2019.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah berjaya melaksanakan model pengagihan sejajar, memperluaskan rangkaian runcit dan tayar prestasi tinggi sekaligus mengembalikan Goodyear Malaysia kepada pertumbuhan jumlah dan pasaran.

Alex Ng mula menyertai Goodyear pada 2008 sebagai Pengurus Besar (Singapura). Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Besar, perniagaan Penerbangan pada 2009 di Bangkok, Thailand. Alex kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Peralatan Original (OE) Asia Pasifik pada tahun 2012. Mulai 2013, beliau meluaskan  portfolio perniagaannya sebagai Pengarah Pasaran, Singapura, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan Pasaran Eksport.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Beliau dijangka memulakan tugasnya di Malaysia pada suku keempat 2019. Buat masa ini, Andy Cooper, Pengarah Urusan, Goodyear ASEAN akan bertanggungjawab secara langsung untuk perniagaan Malaysia sehingga peralihan Alex dari peranannya sekarang.

Andy Cooper berkata, dengan pengalaman yang menakjubkan sepanjang 10 tahun, Goodyear degan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan Alex Ng ke langkah seterusnya dalam perjalanan kariernya yang menarik. Dengan pengalaman yang luas, kepakaran industri, perhubungan pelanggan dan kebiasaan dengan visi syarikat, ia bakal menjadi daya penggerak untuk kejayaan yang berterusan Goodyear di Malaysia.

Alex Ng berkata, Malaysia merupakan pasaran yang dinamik, yang menawarkan pelbagai peluang untuk Goodyear. Beliau yakin dengan Goodyear kerana ia tersebut mempunyai warisan jenama, produk berkualiti, keupayaan organisasi dan perkongsian perdagangan untuk mencapai tahap terbaik dalam kepuasan pelanggan bagi memacu pertumbuhan dalam pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply