ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia perkenal tayar Eagle F1 Sport – Harga dari RM294

Berita Tempatan

Views

Selepas pelancaran siri Eagle F1 tahun lalu, Goodyear Malaysia telah memperkukuhkan rangkaian tayar pretasi tinggi ultra (UHP) dengan memperkenalkan Eagle F1 Sport semalam. Rangkaian produk baharu ini merupakan pilihan tayar sport dengan prestasi pengendalian dan brek yang baik, disasarkan untuk kumpulan peminat tegar sukan permotoran yang bercita-cita tinggi.

Ia didatangkan sehingga 22 jenis saiz dari 16 hingga 18 inci dan boleh dipasangkan pada kenderaan sport peringkat pertengahan, hingga kenderaan sedan sporty. Menyediakan pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan menyeronokkan, tayar ini dapat meningkatkan prestasi pemanduan harian dan menghasilkan peluang persembahan terbaik pada waktu puncak.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Berikut adalah pilihan saiz tayar yang ditawarkan:

Pilihan saiz
195/50R16 84V215/45R18 93W 
205/45R16 87W225/40R18 92Y
205/50R16 91W225/45R18 95W
205/55R16 91W235/40R18 95W
205/45R17 88W235/45R18 98W
215/45R17 91Y245/40R18 93Y
215/50R17 91W255/35R18 94W
215/55R17 94V265/35R18 97W
225/45R17 94W
225/50R17 98W
225/55R17 101W
235/45R17 94W
245/40R17 95W
245/45R17 95Y

Tayar Eagle F1 Sport merupakan salah satu tayar berprestasi tinggi yang berpatutan dalam siri Eagle F1 Goodyear. Bagi pemilik kereta berprestasi, tayar ini ideal kerana mereka dapat menikmati prestasi pemanduan maksimum dari kenderaan mereka. Begitu juga dengan pemilik kereta sport yang mahukan pemanduan yang mengujakan, ianya memberikan prestasi pengendalian dan brek yang lebih baik.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Khas buat peminat kenderaan, Eagle F1 Sport juga merupakan tayar yang sesuai untuk upsizing, kerana ia direka khas bagi meningkatkan tindak balas stereng dan pengendalian kering (dry handling). Selain itu, ia juga meningkatkan cengkaman semasa berselekoh dan memberikan penampilan yang lebih agresif pada kenderaan.

Tayar sport mid-range ini menggabungkan teknologi inovatif Goodyear di trek perlumbaan dengan ketahanan dan keselesaan tayar jalan raya dan dalam masa yang sama menawarkan prestasi pengendalian dan brek yang cemerlang dalam keadaan cuaca yang berbeza.

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, dengan pengenalan Eagle F1 Sport pihaknya akan mensasarkan peningkatan kualiti pembuatan dan kemampuan teknologi Goodyear secara berterusan dengan menyediakan lebih banyak tayar berprestasi tinggi untuk pengguna jalan raya seharian, pada harga yang kompetitif untuk rakyat Malaysia.

Goodyear Eagle F1 Sport kini boleh didapati di semua pusat Goodyear Autocare di seluruh Malaysia dengan harga antara RM294 hingga RM678 untuk seunit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply