ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia sumbang 60 unit tayar berprestasi tinggi kepada St. John Ambulance Malaysia

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia meneruskan komitmen mereka untuk memastikan keselamatan masyarakat dengan menyumbang 60 unit tayar Goodyear Cargo Marathon 2 kepada St. John Ambulance Malaysia.

Sumbangan bernilai lebih RM25,000 ini menandakan satu lagi kejayaan dalam kerjasama antara pihak yang bertujuan untuk memacu keselamatan awam sejak 2006.

Selama hampir dua dekad, Goodyear Malaysia menyokong St. John Ambulance dalam memastikan kenderaan kecemasan mereka dilengkapi dengan tayar berprestasi tinggi untuk tindak balas perubatan yang kritikal dan segera.

Kolaborasi jangka panjang ini mencerminkan misi Goodyear untuk menyumbang kepada masyarakat dengan memperkasakan mereka yang menjaga kesihatan dan keselamatan awam.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ashwin Rajgopal berkata, Goodyear berbesar hati untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan dan amal St. John Ambulance yang tertumpu pada usaha menyelamatkan nyawa.

Tambah beliau, ambulans St. John Ambulance yang dilengkapi dengan tayar berteknologi canggih mampu meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi mereka supaya bantuan disampaikan dengan segera.

St. John Ambulance Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan kritikal, termasuk operasi ambulans komuniti 24/7, pengangkutan bariatrik dan neonatal, serta pusat hemodialisis di seluruh negara.

Selain itu, sebagai penyedia ambulans utama untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. St. John Ambulance turut berada di barisan hadapan dalam respons kecemasan, termasuk situasi kemalangan udara.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Oleh yang demikian, tayar Goodyear Cargo Marathon 2 dipilih untuk memenuhi keperluan yang kritikal tersebut.

Ciri unggulnya, termasuk sebatian tapak polimer memastikan perjalanan yang baik dan prestasi membrek dalam keadaan basah yang dipertingkatkan.

Corak bunga yang dioptimumkan menjamin pengagihan tekanan dan penggunaan lanjutan yang sekata, manakala tapak yang teguh dan corak bunga tayar yang tertutup memberikan ketahanan yang dipertingkatkan untuk perjalanan yang lebih senyap dan lancar.

Ciri-ciri ini adalah penting untuk kenderaan ambulans yang dipandu dalam keadaan jalan yang pelbagai dan mencabar di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply