ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia sumbang tayar terpakai ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20

Berita Tempatan

Views

Sejak 1929, Goodyear Malaysia komited untuk menjaga alam sekitar dan masyarakat. Baru-baru ini, mereka mengukuhkan lagi komitmen ini dengan menderma tayar ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam (SK 20), untuk aktiviti rekreasi dan latihan bengkel sekolah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan kitar semula kepada para pelajar.

Tayar yang didermakan itu akan digunakan untuk tujuan praktikal, dan sebahagian lagi dijadikan sebagai hiasan. Sekolah SK 20  mensasarkan untuk menggunakan semula tayar dan dijadikan arca yang akan menawarkan persekitaran pembelajaran yang berbeza untuk pelajarnya. Idea ini diilhamkan dari pengukir profesional, yang menghasilkan karyanya menggunakan  tayar Goodyear di Cotton Bowl 2018.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

Cotton Bowl adalah kejohanan American football tahunan kolej yang dipertandingkan antara dua pasukan dalam separuh akhir yang merupakan sebahagian daripada liga National Collegiate Athletic Association (NCAA)Anthony Fonseka, Pengurus Komunikasi dan Perkhidmatan Pemasaran, Goodyear Malaysia berkata, mereka berbangga untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada komuniti ini.

Goodyear berharap ia akan memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar SK 20 untuk menjaga alam sekitar dengan sentiasa mencari jalan baharu untuk mengitar semula untuk persekitaran yang selamat. Tayar yang disumbangkan kepada sekolah ini akan dikitar semula dan tidak sesuai untuk pasaran.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Premium tertiris

Tambah Anthony lagi, syarikat kini mempunyai lebih banyak ruang dalam inventori dan SK 20 mempunyai tayar baharu yang baik untuk digunakan. Ia merupakan situasi menang-menang!. Inisiatif ini dipelopori oleh Aizatul Ashraf, seorang guru di SK 20 yang melihat persekitaran sekolang yang kosong.

Pada majlis penyerahan itu, Ashraf berkata, dengan menunjukkan bagaimana tayar digunakan sebagai pasu untuk tumbuh-tumbuhan dan hiasan di sekeliling sekolah, beliau berharap mereka mempelajari sesuatu kerana segalanya boleh digunakan dengan baik menerusi cara berfikir yang betul.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply