ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear uji tayar pintar, kembangkan penyelesaian pengurusan untuk armada kenderaan separa-swapandu

Views

Peneraju dalam pengrusan tayar untuk perlumbaan, trak dan pesawat, Goodyear Tire & Rubber Company kini menggunakan kepakarannya kepada armada (fleet) kereta elektrik separa-swapandu (semi-autonomous). Syarikat tersebut mengumumkan yang ia sedang melengkapkan Tesloop, yang merupakan perkhidmatan mobiliti bandar-ke-bandar yang menggunakan kenderaan elektrik keluaran Tesla dengan pengesan nirwayar (wireless) pada tayar bagi meningkatkan keseluruhan pengurusan tayar dan memaksimakan uptime untuk perkembangan armada.

Penderia nirwayar secara berterusan mengukur dan merekod suhu dan tekanan tayar, yang digabungkan dengan data kenderaan lain dan disambungkan kepada algoritma proprietari berasaskan awan (cloud-based) Goodyear untuk meningkatkan operasi armada secara keseluruhan dan meramalkan apabila tayar memerlukan servis atau penggantian. Sebagai sebahagian daripada program dengan Tesloop, Goodyear juga memperluaskan penyelesaian armada mudah alihnya kepada kenderaan penumpang, menyediakan penyelenggaraan tayar dan pembaikan semasa kenderaan Tesloop berada di stesen pengecasan atau semasa downtime yang dirancang secara berkala.

Tesloop mengendalikan armada Tesla yang purata sehingga 17,000 batu per kenderaan, sebulan. Kenderaan dengan perbatuan tertinggi, Tesla Model S beroperasi sejak 2015, baru-baru ini melepasi 300,000 batu perkhidmatan. Goodyear telah bekerjasama dengan Tesloop sejak Januari 2017 untuk mengkaji kesan teknologi swapandu pada tayar.

Usaha Goodyear dengan Tesloop membina kejayaan komersialisasi Goodyear Proactive Solutions untuk armada trak, menggunakan teknologi telematika canggih dan teknologi analisis ramalan untuk membolehkan operator armada mengoptimumkan kecekapan bahan bakar dan mengenal pasti dengan tepat dan menyelesaikan isu-isu berkaitan tayar sebelum ia berlaku. Selain menawarkan pengurusan armada, Goodyear juga bekerjasama dengan pembuat kereta untuk memberi maklumat tayar kepada sistem kawalan kenderaan untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply