GP Bahrain semalam menyaksikan insiden dramatik jentera lumba yang dipandu oleh Romain Grosjean terlibat dalam kemalangan ngeri. Menurut Harian Metro, pemandu pasukan Haas itu terbabas sebelum merempuh penghadang litar di selekoh ketiga, sehingga menyebabkan jenteranya meletup dan terputus dua.
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
Tindakan pantas petugas litar di tempat kejadian telah membantu Grosjean untuk membawanya ke tempat selamat sebelum cuba memadamkan kebakaran. Grosjean yang dilihat menggeletar ketika di bawa ke pit lane oleh kereta perubatan di Litar Sakhir. Bendera merah terus dikibarkan dan pelumba lain kembali ke pit lane.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
Difahamkan Grosjean melecur di belakang tapak tangan dan imbasan sinar X pula menunjukkan pelumba tersebut bebas dari patah tulang. Pelumbaan malam tadi telah diungguli oleh juara dunia lima kali, Lewis Hamilton yang mewakili Mercedes, manakala gandingan pelumba dari pasukan Red Bull iaitu Max Verstappen dan Alex Albon melengkapkan kedudukan podium.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit F1
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
KOMEN TERKINI