ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

GP Styria – Motosikal Dani Pedrosa dan Lorenzo Savadori terlibat kemalangan dan terbakar

Sukan Permotoran

Views

Perlumbaan motosikal Grand Prix Styria dihentikan selepas dua pusingan berikutan kemalangan membabitkan pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa dan pelumba Itali, Lorenzo Savadori, semalam.

Menurut Harian Metro, rakaman televisyen menunjukkan Pedrosa terbabit kemalangan terlebih dahulu sebelum Savadori yang menunggang Aprilia melanggar jentera KTM.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kedua-dua motosikal itu kemudian terbakar di tengah litar. Pedrosa yang kembali ke MotoGP selepas dua tahun menjadi pelumba ujian sempat menyelamatkan diri manakala Savadori diusung dengan pengusung walaupun dalam keadaan sedar.

Limpahan minyak yang terbakar mengalir ke litar sebelum marsyal berusaha memadamkan api. Mereka kemudian mengalihkan serpihan motosikal dan kesan alat pemadam api serta mengeringkan semula litar.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Berikutan kemalangan berlaku dalam tiga pusingan awal, perlumbaan dimulakan semula dengan pelumba berada di petak masing-masing.

Perlumbaan dikurangkan kepada 27 pusingan dan penangguhan itu meningkatkan kemungkinan berlaku ribut petir di hujung perlumbaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply