Ini merupakan berita gembira buat peminat motosikal di Malaysia! Sebuah jenama baharu yang dikenali sebagai GPX Racing akan tiba di negara ini pada tahun 2018. GPX Racing merupakan jenama motosikal yang berasal dari negara Thailand, memulakan operasinya pada tahun 2007 dan mula mengeluarkan produk sendiri hanya dua tahun selepas itu. Produk GPX Racing dikeluarkan dari kilang pemasangannya di Prachauthit, Thailand.
Jenama GPX Racing sudah mula berkembang ke Asia Tenggara dan Malaysia bakal menyertai Vietnam, Kemboja, Filipina dan Singapura menjadi negara yang terawal menerima kehadiran jenama tersebut. Bike Continent Sdn Bhd yang berpangkalan di Johor Bahru bakal menjadi pengedar sah jenama ini di Malaysia dan fasilitinya kini sedang giat dibangunkan.
Menurut laman Facebook GPX Malaysia, tiga model bakal dibawa masuk ke Malaysia iaitu model yang digelar Raja ‘Mini Bike’ – Demon 150-GN, ‘Café Racer’ – Gentleman 200 dan Demon 150-GR. Model GPX Racing Demon 150-GR baharu sahaja diperkenalkan semasa Thailand International Motor Expo 2017 yang berlangsung pada awal bulan ini. Dijangka dua model iaitu Demon 150-GN dan Gentleman 200 bakal diperkenalkan terlebih dahulu pada suku pertama tahun 2018.
Menarik juga rekabentuk model ni kan terutama model Gentleman 200 dan Demon 150-GR tu kan? Mesti ramai yang teruja.
Sedikit info mengenai Demon 150-GN:
Topik | Keterangan |
Enjin | 149cc 4 lejang |
Nisbah mampatan | 9. 0: 1 |
Penyejukan | Sejukan udara |
Berat | 130 kg |
Lampu hadapan | H8 12v-35w |
Lampu belakang | LED |
Sistem penghidup | Motor penghidup |
KLIK UNTUK BESARKAN
Sedikit info mengenai Demon 150-GR:
Topik | Keterangan |
Enjin | 149cc 4 lejang |
Nisbah mampatan | 9. 2: 1 |
Penyejukan | Sejukan udara |
Berat | 130 kg |
Lampu hadapan | LED sepenuhnya |
Lampu belakang | LED sepenuhnya |
Sistem penghidup | Motor penghidup |
KLIK UNTUK BESARKAN
Sedikit info mengenai Gentleman 200:
Topik | Keterangan |
Enjin | 197cc 4 lejang |
Nisbah mampatan | 9. 0: 1 |
Sejukan | Sejukan minyak |
Berat | 160 kg |
Lampu hadapan | Halogen 12v 35w |
Lampu belakang | LED |
Sistem penghidup | Motor penghidup |
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI