ARKIB

KATEGORI

Buletin

Grab kenakan caj pembatalan minimum antara RM3 hingga RM5 mulai 25 Mac

Berita Tempatan

Views

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Grab telah mengumumkan kemaskini polisi pembatalan perkhidmatan untuk penumpang mereka yang mula berkuat kuasa pada 25 Mac 2019. Penumpang tidak akan dikenakan caj sekiranya membuat pembatalan dalam masa 5 minit selepas tempahan anda diterima oleh rakan-pemandu perkhidmatan tersebut.

Walaubagaimanapun, penumpang akan dikenakan caj pembatalan minimum bernilai antara RM3 hingga RM5, berdasarkan dua situasi di bawah:

  • Sekiranya anda membatalkan perkhidmatan melepasi tempoh 5 minit selepas pengesahan pemandu diterima atau
  • Sekiranya pemandu anda membatalkan perkhidmatan mereka setelah menunggu lebih dari 5 minit untuk anda tiba ke lokasi pengambilan (atau 3 minit untuk perkhidmatan GrabShare).

JOM BACA >> https://www.funtasticko.net/gambaran-hypercar-lotus-evil-vision-gt-concept/

ServisCaj Pembatalan
GrabCar, JustGrab, JustGrab (untuk Lapangan Terbang), GrabShare, GrabTaxi (Bermeter dan Eksekutif), GrabCar (Mandarin), GrabCar PlusRM 3
GrabCar (6-tempat duduk), JustGrab (6-tempat duduk), JustGrab (10-tempat duduk)RM 4
GrabCar (Premium), GrabCar Luxe (Vellfire untuk Lapangan Terbang)RM 5

Pembaharuan ini akan masih memberikan penumpang fleksibiliti untuk membatalkan tempahan yang dibuat, pada masa sama memastikan pemandu diberi ganti rugi bagi usaha dan masa yang diluangkan untuk ke lokasi anda.

Sekiranya anda menggunakan GrabPay, amaun yang  terlibat akan ditolak secara langsung daripada baki Kredit GrabPay atau kad kredit/debit anda. Bagi penumpang yang menggunakan tunai, caj tersebut akan ditambah secara automatik pada kadar tambang perjalanan anda yang berikutnya.

Pemandu kenderaan seterusnya itu akan dimaklumkan untuk mengumpul caj tersebut bagi pihak Grab untuk dibayar kepada pemandu perkhidmatan yang dibatalkan sebelum ini. Grab menjangkakan penambahbaikan ini akan memberi kesan kepada kurang daripada 1 peratus jumlah daripada jumlah tempahannya.

JOM BACA >> Suzuki Katana bakal tiba di Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply