ARKIB

KATEGORI

Buletin

Grab Malaysia tawarkan sebuah Yamaha MT-25 ditandatangani Hafizh Syahrin menerusi peraduan Rider Raya Bergaya

Berita Tempatan

Views

Grab Malaysia menawarkan peluang kepada warga Malaysia untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000 menerusi Peraduan Rider Raya Bergaya. Sebanyak 166 hadiah bakal dimenangi, termasuk Hadiah Utama sebuah motosikal Yamaha MT-25 yang ditandatangani oleh pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin serta lima hadiah kedua, wang tunai atau bitcoin setiap satu bernilai RM10,000 .

Hadiah wang tunai saguhati RM1,000 dan RM500 turut diberikan kepada para pemenang bertuah. Dari 24 April hingga 31 Mei 2021, rakan-penghantar baharu dan sedia ada berpeluang untuk menyertai peraduan ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Rakan-penghantar juga berpeluang memenangi hadiah hebat dengan hanya melengkapkan slogan. Peraduan Rider Raya Bergaya adalah inisiatif Grab untuk meraih akses cepat dan mudah ke arah memperoleh pendapatan saksama, mampan dan produktif.

Menurut Pengarah Operasi Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor, mereka komited sepenuhnya untuk memastikan platform ini terus membuahkan hasil dan memain peranan penting demi menyokong isi rumah warga Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran negara adalah 4.8 peratus atau 777,500 orang pada Februari 2021. Ekonomi gig berasaskan teknologi boleh membantu warga Malaysia, bukan sahaja mencipta pendapatan sampingan isi rumah yang sihat, bahkan menyedia peluang pendapatan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan di waktu yang mendesak.

Menerusi program GrabBenefits, untuk rakan-rakan di dalam ekonomi gig, mereka akan mendapat akses kepada peluang pekerjaan lebih bermutu dan lebih selamat serta kewangan yang stabil – seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.

Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan ketika acara maya rumah terbuka Grab pada 5 Jun 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply