ARKIB

KATEGORI

Buletin

Grab rancang penyenaraian di NASDAQ

Berita Global

Views

Grab merancang untuk disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) melalui kerjasama dengan Altimeter Growth Corporation dalam kerjasama yang menjadikan nilai Grab mencecah AS$39.6 bilion (kira-kira RM163.7 bilion).

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Harian Metro melaporkan, penyenaraian berkenaan yang dijangka berlangsung dalam beberapa bulan lagi di Nasdaq, akan menjadi pelancaran terbesar dalam pasaran setakat ini, melalui syarikat perolehan tujuan khas (SPAC). Sekiranya berjaya, ia akan memberikan Grab AS$4.5 bilion (kira-kira RM18.6 bilion) dana tambahan.

Perjanjian berkenaan membabitkan Grab bergabung dengan syarikat yang sudah disenaraikan yang mana perniagannya termasuk membantu pengapungan pasaran saham. Model SPAC menjadi cara popular untuk menyenaraikan syarikat kerana ia lebih pantas dan kurang mahal berbanding tawaran awam permulaan (IPO).

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Grab, syarikat unicorn Asia – atau syarikat swasta yang bernilai lebih dari AS$1 bilion dijangka membuka jalan bagi syarikat serupa di rantau ini yang berhasrat menjual saham kepada orang awam. Menurut pengasas dan ketua eksekutif Grab, Anthony Tan, ini merupakan kebanggaan besar buat mereka yang mewakili Asia Tenggara di pasaran awam global.

Katanya, perkongsian Grab dengan Altimeter harus membawa kepada “penawaran ekuiti terbesar AS yang pernah dibuat oleh syarikat Asia Tenggara”. Syarikat gabungan itu akan memperdagangkan saham “di NASDAQ di bawah simbol ‘GRAB’ dalam beberapa bulan akan datang. Tambahnya, cadangan urus niaga ini menyaksikan nilai awal ekuiti proforma Grab kira-kira AS$39.6 bilion.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply