ARKIB

KATEGORI

Buletin

GrabDurian kembali! Sasar bantu peladang dan peniaga durian tempatan

Berita Tempatan

Views

Musim durian kembali dan inilah masa masa yang ditunggu-tunggu oleh pencinta ‘raja buah’ ini di Malaysia. Namun kali ini ia agak berbeza kerana musim durian jatuh semasa negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

Ini secara tidak langsung menjejaskan pendapatan penjual dan peladang durian, terutama peniaga kecil yang meluahkan kebimbangan akan berlakunya lambakan stok durian. Lebih-lebih lagi arahan melarang menjamu selera di kedai.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Oleh demikian, bagi memanfaatkan ekonomi digital, Grab kini memfokus kepada para peniaga durian. Langkah ini membolehkan warga Malaysia mendapat bekalan durian dengan mudah, serta membantu para peniaga dan peladang durian melebarkan keseronokan menikmati raja buah itu kepada semua penggemar.

Menurut Ketua Pemasaran Wilayah Grab Malaysia, Hassan Alsagoff, inisiatif GrabDurian adalah acara tahunan bagi membantu peniaga dan peladang durian. Pandemik ini memberi tekanan tambahan kepada industri ini dan pihaknya menjadikan mereka ini sebahagian daripada penggiat ekonomi digital.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagi penggemar durian, Grab membantu mempromosi segala yang berkaitan dengan durian seperti buah durian segar, juadah pemanis mulut perisa durian, pastri dan seumpamanya. Bagi yang kurang menggemari durian, anda boleh mendapatkan keperluan seperti penghapus bau durian seperti sarung tangan, pembasuh dan pembilas mulut, penyegar udara dan banyak lagi.

Pengguna Grab juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50 peratus atas produk daripada pedagang seperti Durian Man, Lubuk Durian, Purple Monkey, Watsons, Guardian dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply