ARKIB

KATEGORI

Buletin

Grid elektrik uzur sangat, warga California dilarang mengecas kereta elektrik pada waktu puncak

Berita Global

Views

Penduduk California kelmarin diminta untuk tidak mengecas kereta elektrik mereka pada waktu puncak, beberapa hari selepas negeri berkenaan mengumumkan akan berhenti sepenuhnya menjual kereta berkuasa petrol menjelang 2035.

KOSMO! ONLINE melaporkan, perkara itu berikutan grid elektrik semakin uzur dan tidak dapat menahan gelombang haba menakutkan yang melanda California.

Suhu setinggi 44 darjah Celsius diramal di beberapa kawasan pinggir bandar Los Angeles ketika gelombang haba ‘membakar’ bahagian barat Amerika Syarikat.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Cuaca terik memberikan tekanan ke atas grid kuasa yang beroperasi secara maksimum apabila orang ramai menghidupkan pendingin hawa ketika cuaca panas terik terutamanya selepas pulang dari tempat kerja serta sekolah.

Syarikat pembekal yang mengendalikan grid elektrik California dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna diminta menjimatkan tenaga elektrik termasuk mematikan lampu yang tidak diperlukan.

Tambah kenyataan itu, penduduk perlu mengelak daripada mengecas kenderaan elektrik pada waktu puncak antara pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam.

Gesaan itu dibuat seminggu selepas pentadbiran California mengumumkan pengharaman penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol dan diesel mulai 2035.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Rayuan untuk memulihara grid elektrik kelmarin bagaimanapun disambut dengan cemuhan di laman Twitter dengan sebilangan warganet berkata, pengumuman itu adalah bukti agenda hijau negeri California ‘separuh masak’.

“Kita sepatutnya memikirkan cara membaik pulih grid elektrik sebelum kita mengharamkan kereta petrol…. sekadar buah fikiran,” kata warganet menggunakan nama @AerysGG di laman Twitter.

Adalah biasa untuk selatan California mengalami gelombang haba pada bulan September, namun suhu lebih 38 darjah Celsius dianggap panas walaupun untuk tempat yang hampir sentiasa ‘dibakar’ pancaran matahari.

Gelombang haba itu berlaku selepas barat daya California dilanda hujan lebat sejak beberapa minggu lalu. Beberapa kawasan termasuk Lembah Kematian yang terkenal berdebu, mengalami banjir, manakala seorang maut selepas dihanyutkan di Taman Negara Zion di Utah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply