ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna helikopter ambil pesanan 36 bungkus nasi ganja

Berita Tempatan

Views

Sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di Ipoh difahamkan untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini, hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang mengulas pendaratan helikopter itu berkata, setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini. Tambah beliau, helikopter itu tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh dan pihaknya sudah menyalurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh.

Terdahulu orang ramai dikejutkan dengan kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, dipercayai milik syarikat swasta. Helikopter yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan bertujuan untuk mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di bandar raya ini yang dikenali sebagai nasi ganja.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sementara itu, jurucakap restoran nasi ganja itu yang enggan namanya disiarkan mengesahkan dia menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur. Menurutnya, pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

Katanya, dia agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter. Namun dia terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.

Tambahnya, ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Dia menyifatkannya tempahan yang diambil dengan cara paling mewah yang pernah diterimanya, tetapi harga jualan tetap sama iaitu RM10 sebungkus.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AWANI Perak

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply