ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna saluran paip seludup petrol rentas Sungai Golok terus ke Thailand

Berita Tempatan

Views

Batalion Ke 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) yang menjalankan Op Benteng Covid di sempadan Malaysia-Thailand berjaya mengesan modus operandi terbaru penyeludup bahan api iaitu dengan menyalurkan terus petrol ke negara jiran menggunakan saluran paip.

Bernama melaporkan, Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata, saluran paip getah sepanjang 300 meter itu disambung merentasi Sungai Golok melalui dasar sungai ke negara jiran.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Beliau berkata modus operandi penyeludup itu dikesan oleh sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pangkalan Haram Kertas di Gual Tok Deh, Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, semalam.

Katanya, anggota pasukan telah mengesan sebuah kenderaan jenis Proton Waja yang dilihat dalam keadaan mencurigakan pada pukul 9 pagi yang memasuki pangkalan haram. Pegawai dan anggota yang membuat pemerhatian kemudiannya telah menyerbu kenderaan itu.

Pemeriksaan di dalam kenderaan membawa kepada penemuan dua tong berwarna putih berisi petrol. Berhampiran kawasan itu juga dijumpai dua lagi tong berisi petrol dan enjin pam lengkap dengan paip getah menuju ke pembentong simen.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Jelasnya, pemeriksaan lanjut di dalam lubang pembentong itu pula menemukan satu lagi enjin pam dengan saluran paip dipasang menuju ke dasar sungai, terus ke tebing sungai di negara jiran, disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan bahan api.

Nor Azizan berkata susulan kejadian itu pemandu kenderaan berusia 40-an ditahan untuk sial siasat di Balai Polis Rantau Panjang manakala semua barangan dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan itu telah dirampas.

Anggaran rampasan adalah RM15,522 termasuk kenderaan, petrol serta peralatan yang digunakan. Kesemua barang dan kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply