ARKIB

KATEGORI

Tular

Guna ‘seluar dalam’ jadi pelitup muka, lelaki dipaksa turun dari pesawat

Tular

Views

Seorang penumpang dipaksa turun dari sebuah pesawat di Florida selepas dia berkeras memakai seluar dalam bertali halus atau ‘thong‘ berwarna merah sebagai pelitup muka, lapor media tempatan, semalam.

Menurut Berita Harian, Lelaki terbabit, Adam Jenne, 38, diminta turun sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Fort Lauderdale.

Bercakap kepada saluran berita tempatan NBC2, Jenne mendakwa dia mahu menunjukkan bahawa ‘tidak masuk akal‘ untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka tetapi membenarkan mereka menanggalkannya ketika makan atau minum di dalam pesawat.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Video insiden pada Rabu lalu yang dirakam penumpang lain, menunjukkan kru memberitahu Jenne bahawa dia tidak akan dibenarkan berada dalam penerbangan itu sekiranya enggan menanggalkan ‘thong‘ terbabit dari mukanya.

Selepas beberapa perbincangan, lelaki itu akhirnya meninggalkan tempat duduknya. Jenne mendakwa, dia telah memakai seluar dalam pada mukanya ketika menaiki beberapa pesawat sebelum ini, malah memberitahu kru penerbangan bahawa ‘ia adalah pelitup muka yang berfungsi.’

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sementara itu, United Airlines dalam satu kenyataan menjelaskan, ‘pelanggan terbabit jelas tidak mematuhi peraturan persekutuan mewajibkan pemakaian pelitup muka’ dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Pihaknya menghargai tindakan pasukan mereka dalam menangani isu terbabit di lapangan selepas pesawat berlepas, sekali gus mengelakkan sebarang potensi gangguan ketika berada di udara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply