ARKIB

KATEGORI

Info

Guna telefon bimbit semasa memandu – Denda sehingga RM1K atau penjara tidak lebih tiga bulan menanti anda!

Info

Views

Jika anda tidak boleh berenggang langsung dengan telefon bimbit dan menggunakan peranti tersebut semasa memandu atau menunggang, ia bakal mengundang padah. Bukan sahaja ia boleh mengalihkan tumpuan anda kepada pemanduan atau tunggangan hingga mengakibatkan kemalangan, malah anda juga bakal dihadapkan ke mahkamah.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Menurut laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), bermula 6 Julai 2020, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 tersebut telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Jadi beringatlah ye! Jangan dek kerana nak membalas mesej di ‘WhatsApp group’ atau bermain ‘PUBG Mobile’ semasa memandu anda terpaksa turun naik mahkamah dan didenda RM1,000 atau terpaksa menjadi banduan selama tiga bulan. Fikir-fikirkanlah ye.

Kami rasa lebih baik sekiranya hukuman itu ditambah lagi dengan lesen ‘si pelaku’ ini digantung selama beberapa tahun. Mungkin kerana disebabkan mereka, ada isteri yang jadi balu atau hilang upaya untuk menyara kehidupan. Setuju tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply