Sebuah bas yang mahu dilupuskan, ditukar menjadi makmal sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi kegunaan pelajar sebuah sekolah, di Changlun.
Menurut Berita Harian, itu antara inisiatif dilakukan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, membina makmal menggunakan bas selepas mendapati ruang sekolah itu agak terhad berikutan mempunyai murid seramai 1,360 orang.
Guru Besarnya, Mohd Nizam Saidin, berkata idea itu timbul selepas pihaknya mengetahui Universiti Utara Malaysia (UUM) mahu melupuskan bas lama sebelum pihaknya memohon mendapatkan bas itu secara percuma, Januari lalu.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Kata beliau, permohonan pihaknya diterima sebulan selepas itu, namun proses menunda menghadapi sedikit masalah apabila lori penunda tiba di pagar masuk kerana jalan sekolah agak sempit menyebabkan kenderaan itu tidak dapat masuk ke dalam sekolah.
Tambah beliau, guru kemudiannya beramai-ramai menolak bas masuk ke dalam sekolah sehingga pakaian basah berpeluh, namun semuanya dilakukan demi memastikan murid mendapat pendedahan STEM.
Mohd Nizam berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kos bagi mengubah suai bas itu berikutan ia ditampung hasil jualan beberapa alat ganti bas yang masih dalam keadaan baik.
Katanya, seramai 26 guru kemudian bertungkus-lumus melakukan kerja ubah suai kenderaan itu sejak Februari lalu dan tugas dilakukan secara bergilir ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
Mohd Nizam berkata, selepas lapan bulan, makmal STEM yang dinamakan Kemara STEM Lab, berjaya dilengkapi pelbagai peralatan menarik bagi membentuk minda STEM dalam kalangan murid sekolah luar bandar.
Katanya, antara peralatan STEM berkenaan adalah teropong teroka alam, mikroskop, alatan pemacu interaktif, alatan sains uji minda serta alat lain yang mampu menguji minda murid prasekolah hingga Tahun Enam.
Ujar beliau, menjadi harapannya agar makmal STEM ini akan melonjakkan semangat murid menceburi subjek STEM apabila di sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat tertinggi.
Tambah beliau, ia seiring dengan keperluan negara yang mahu melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang ini. Pihaknya juga bercadang untuk membenarkan murid sekolah lain melawat makmal ini apabila waktu sesuai nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
KOMEN TERKINI