Great Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan rekod jualan pada 2024 dengan pertumbuhan tahunan mengagumkan sebanyak 331 peratus.
Pencapaian hebat ini membuktikan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia terhadap kenderaan berinovatif dan berkualiti tinggi GWM.
Jualan di Malaysia secara amnya telah memainkan peranan signifikan dalam kejayaan menyeluruh GWM di peringkat global.
Lonjakan dalam pertumbuhan jualan GWM Malaysia dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap kenderaan berprestasi tinggi bersesuaian dengan kehendak pengguna tempatan.
Pengenalan model baharu termasuk kenderaan elektrik coupe GWM ORA 07, SUV ‘off-road‘ GWM TANK 300, dan SUV hibrid saiz sederhana GWM HAVAL H6 HEV telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
GWM HAVAL H6 HEV kini telah menerima sebanyak 1,500 tempahan dalam tempoh hanya sebulan sejak ia dilancarkan secara rasmi.
Kejayaan ini turut mencerminkan landskap pengguna masa kini yang mengutamakan kenderaan berteknologi tinggi yang boleh dipercayai, serta disokong oleh perkhidmatan selepas jualan komprehensif dan pakej jaminan tiada tandingan.
Great Wall Motor mencatatkan pencapaian jualan global yang cemerlang pada 2024 dengan jumlah keseluruhan kenderaan terjual sebanyak 1.23 juta unit, menyumbang kepada rekod jualan terkumpul sebanyak 14.9 juta unit.
Kepimpinan dan kewibawaan syarikat ini dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) terbukti dengan penghantaran sebanyak 321,795 unit, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 22.82 peratus.
Jualan luar negara juga merekodkan peningkatan sebanyak 43.39 peratus kepada 453,141 unit. Kejayaan ini menyerlahkan penguasaan jenama GWM yang terus berkembang di pasaran global.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
GWM kini sedia untuk memperkenalkan model-model baharu pada 2025 yang memenuhi keutamaan pelanggan melalui reka bentuk terkini dan teknologi serba canggih.
GWM Malaysia juga menyasarkan untuk membina hubungan yang lebih inklusif dengan pelanggannya menerusi inisiatif penglibatan pelanggan, serta memperkukuh kualiti perkhidmatan selepas jualan.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pihaknya akan terus berdedikasi untuk menawarkan pilihan unggul, pengalaman pemanduan yang mengagumkan, serta terus memainkan peranan signifikan dalam membentuk masa depan mobiliti.
Bermula Januari 2025, GWM Malaysia membuka tirai tahun baharu dengan memperluaskan akses pelanggan kepada pemilikan kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina melalui promosi “Drive Into Prosperity“.
Kempen eksklusif ini menawarkan para pelanggan peluang untuk meraikan musim perayaan dengan manfaat istimewa, termasuk ganjaran had perjalanan 10,000 km secara percuma dengan setiap pembelian GWM HAVAL H6 HEV.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI