ARKIB

KATEGORI

Tips

Habib kata, ini tips amalan yang PERLU-DIELAK agar motosikal kembali bertenaga

Tips

Views

Habib, satu-satunya mekanik MotoGP Malaysia dan mekanik bagi pasukan Moto2 PETRONAS Sepang Racing ingin berkongsi dengan anda tips amalan yang perlu dielak bagi memastikan motosikal anda kekal bertenaga di saat anda paling memerlukannya. Nak tahu apa dia, teruskan membaca.

Jangan guna syampu kereta atau sabun isi rumah pada motosikal anda

Sebilangan besar kita beranggapan bahawa penggunaan sabun isi rumah, pencuci pakaian atau sebarang produk pembersih selain yang dikhususkan untuk kegunaan motosikal adalah tidak berbahaya. Sebenarnya, bahan pembuatan motosikal adalah lebih halus daripada apa yang anda fikirkan.

Produk pembersih yang bukan khusus untuk motosikal selalunya mengandungi bahan kimia yang kuat – ia boleh merosakkan kesan cat atau komponen logam motosikal. Gunakan syampu khas motosikal atau beli jenama yang disyorkan oleh pemilik bengkel ataupun pembekal motosikal.

Jangan guna tayar yang licin sewaktu menunggang di jalan raya

  • Tayar motor yang licin TIDAK selamat digunakan kerana kurang cengkaman yang baik ketika hujan.
  • Tiada sebarang manfaat dalam keseluruhan pemanduan. Gunakan tayar berprestasi yang disyorkan oleh bengkel atau mekanik anda.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Jangan beli tayar yang tidak sesuai

  • Tayar merupakan salah satu ciri keselamatan utama di samping brek motosikal. Gunakan ukuran tayar yang disyorkan untuk motosikal anda bagi mengekalkan keseimbangan cengkaman, pengendalian dan pemakaian.

Jangan guna minyak pelincir tiruan

  • Minyak pelincir tiruan akan merosakkan motosikal. Pastikan anda membeli minyak pelincir daripada pengedar yang sah.

Jangan beli minyak atau pelincir yang terlalu nipis atau pekat

  • Perhatikan nombor “Multigrade” iaitu nombor sebelum dan selepas huruf ‘W’. Huruf ‘W’ adalah singkatan daripada “Winter” atau “Musim Sejuk” dan angka sebelumnya menunjukkan suhu pengoperasian terendah untuk minyak tersebut.
  • Suhu ini merujuk kepada suhu luaran, bukan suhu enjin. Pastikan ikut gred yang disyorkan.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Jangan lupa untuk melincirkan rantai

  • Jangan cuci kesan minyak gris daripada badan motosikal anda kerana ia penting untuk rantai motor. Pelinciran rantai bukanlah langkah yang anda harapkan termasuk dalam panduan mencuci motosikal, tetapi inilah masa yang tepat untuk memastikan rantai anda dilincir dengan baik.
  • Anda juga perlu gris rantai motosikal anda dengan minyak pelincir bagi setiap 300-600 batu untuk mencapai prestasi optimum dan tahan lebih lama.

Menurut Habib, kebanyakan rakyat Malaysia terlalu fokus kepada cara penyelenggaraan motosikal yang betul. Namun, mereka terlepas pandang amalan “yang perlu dielakkan”.

Jadi, pemilihan minyak pelincir yang betul memastikan motosikal lebih bertenaga, memberi respons pantas terhadap kondisi jalan raya yang mencabar serta membolehkan motosikal lebih responsif apabila enjin dihidupkan, dalam trafik dan semasa menunggang.

Teknologi PETRONAS Sprinta UltraFlex ™ memberikan respons pantas bagi komponen penting motosikal – enjin, klac dan gear, secara serentak.

Tips dan amalan yang dikongsikan mampu menjadikan motosikal anda lebih bertenaga dan pastinya dapat memberi respons pantas terhadap sebarang cabaran. Apabila motosikal dijaga rapi, walaupun keadaan semakin mencabar, anda akan nampak bertenaga, rasa bertenaga dan tampil bertenaga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply