ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had laju di Jalan Persekutuan turun 10 km/j bermula esok hingga 27 Januari

Berita Tempatan

Views

Had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer perjam (km/j) berkuat kuasa pada 18 hingga 27 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Astro AWANI, ia menjadikan had laju Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pewartaan pengurangan had laju sementara itu antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

Justeru, Kementerian Kerja Raya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara). Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan bermula dari 18 hingga 28 Januari ini dengan melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ia termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ),; Jabatan Kerja Raja (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia.

Dalam pada itu Nanta berkata, Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan sentiasa memantau lokasi-lokasi titik hitam (blackspots) yang dikenal pasti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Setakat ini, jelas beliau sebanyak 76 lokasi kerap berlaku kemalangan dikenal pasti sepanjang tahun ini. Nanta menambah, sebanyak 53 lokasi titik hitam melibatkan Jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara juga telah dibaiki pada tahun lalu, melibatkan kos berjumlah RM17.2 juta.

Pembaikan yang dilaksanakan ini adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi.

Manakala, bagi rekod pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap yang telah dilaksanakan di Jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022, sebanyak 40 lokasi telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan dengan kos berjumlah RM4.7 juta.

Tambah beliau lagi, program ini akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2023 supaya aspek keselamatan jalan raya dapat dipertingkatkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply