ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had laju maksimum 110 km sejam di lebuh raya utama sedang diselaraskan – JPJ

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110 km sejam di semua laluan di lebuh raya utama seluruh negara. Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid, had laju itu terpakai di lebuh raya utama kecuali di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Terowong Menora di Ipoh, Perak dengan had laju 70 km sejam bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Selain itu, Shaharuddin berkata empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga akan ditambah di kawasan berkenaan. Kata beliau, penambahan itu menjadikan keseluruhan 49 buah kamera AWAS yang terdapat di seluruh negara termasuk 22 di PLUS setakat ini.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin memaklumkan, sebanyak 2.7 juta saman JPJ melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas sejak tahun 2010 dengan nilai kira-kira RM800 juta masih belum dijelaskan. Jelasnya, saman tersebut merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen memandu.

Tambah beliau lagi, pihak JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya dengan menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply