ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had paras harga runcit RON95 diturunkan kepada RM2.08 seliter

Berita Tempatan

Views

Dalam satu kenyataan media sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter.

Ia berdasarkan trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang kini semakin meningkat. Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter manakala diesel pula pada RM2.18 walaupun harga minyak dunia naik.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08. Harga runcit RON95, RON97 dan diesel berdasarkan pengiraan Mekanisma Harga Automatik (APM) akan terus diumumkan secara mingguan.

Had harga minyak ini akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply