ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hafizh Syahrin ‘infaq’ motosikal baharu untuk bilal OKU

Berita Tempatan

Views

Rezeki Allah memang luas dah tak diduga. Ini mungkin berkat istiqamah seorang bilal, Adam Johari Azhar, 24, pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang setiap hari mengayuh basikal sejauh lebih dua kilometer dari rumahnya di Taman Kinta, Gopeng untuk melaungkan azan di Surau Kampung Tersusun Kopisan.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Alhamdulillah, siapa sangka hari ini pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah meng’infaq‘kan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss 110 kepada saudara Adam dan penyerahan telah dibuat di Gopeng sebentar tadi. Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook, Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao, motosikal baharu ini adalah untuk kegunaan Adam untuk berulang alik ke surau.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Hafizh Syahrin turut berterima kasih kepada bapanya, #teamHS55 dan pengikut YAKAAA yang telah banyak membantunya untuk menyerahkan sumbangan tersebut. Beliau turut berharap agar Adam sihat bersama keluarga dan dapat mengimarahkan lagi Surau Kampung Tersusun Kopisa.

Terbaik BO55KU! Semoga saham akhirat anda mendapat rahmat daripada Allah dan diperluaskan lagi pintu rezeki!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply