ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Hafizh Syahrin kekal beraksi dalam saingan Moto2 musim depan

Sukan Permotoran

Views

Bernama melaporkan pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah, sah bakal meneruskan karier permotorannya dalam Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim hadapan. Menurut Pengurus peribadinya, Razmin Masli, mereka telah selesai mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan yang berpangkalan di benua Eropah, dan pelumba berkenaan akan terus beraksi dalam kategori Moto2.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Katanya, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi dan dia berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik untuk baki tiga pusingan perlumbaan pada musim ini.

Baru-baru ini, Aspar Team Moto2 mengesahkan khidmat pelumba Sepanyol Albert Arenas dari pasukan Aspar Team Moto3, untuk mewakili pasukan berkenaan dalam saingan Moto2 musim hadapan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Hafizh Syahrin bersama pasukan itu.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Arenas, bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Aron Canet musim depan. Hafizh Syahrin sebelum ini mengesahkan beliau sudah mengadakan perbincangan awal dengan dua pasukan, bagi memastikan beliau kekal bersaing pada Kejuaraan MotoGP pada musim hadapan.

Pelumba kelahiran Selangor itu kini menduduki tangga ke-20 menerusi kutipan 21 mata selepas 12 pusingan perlumbaan. Tiga baki perlumbaan MotoGP pada musim ini adalah GP Eropah (6-8 Nov) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 Nov), serta GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve (20-22 Nov).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply