ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Hafizh Syahrin kembali ke Moto2 – Sertai pasukan Ángel Nieto musim depan, bakal berlumba tanpa gaji

Sukan Permotoran

Views

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin semalam telah mengumumkan beliau akan kembali dalam saingan Moto2 dengan menyertai pasukan Ángel Nieto musim depan. Beliau akan meninggalkan pasukan Red Bull KTM Tech3 selepas pasukan tersebut tidak menyambung kontraknya dan menggantikannya dengan Brad Binder untuk musim 2020.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Hafizh bakal bergandingan dengan pelumba Sepanyol, Aron Canet, yang pada ketika ini menduduki tangga kedua kedudukan carta Moto3 musim 2019. Sebelum ini ada desas-desus mengaitkan nama Hafizh dengan beberapa pasukan termasuklah Petronas SRT dalam Moto2.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dalam satu sidang media, Hafizh turut mengatakan Moto2 bukanlah satu kategori yang asing baginya kerana pernah beraksi selama beberapa tahun dalam kategori tersebut, namun sekarang beliau mempunyai jentera yang berbeza berbanding musim terdahulu.

Beliau turut mensasarkan lima kedudukan teratas untuk musim hadapan walaupun terpaksa berlumba tanpa gaji sepanjang musim. Selain itu, beliau turut berharap dan mengalu-alukan kehadiran penaja yang sudi menanggung perbelanjaannya sepanjang musim 2020.

Semoga berjaya Pescao!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply