ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hala Evora 400!

Views

Lotus-Evora-400-2

Setelah agak lama menyepi, kini Lotus kembali menggegar dengan pengenalan Evora 400 baharu yang bakal dipertontonkan di Geneva, Mac nanti. Dikatakan dua pertiga daripada Lotus Evora 400 adalah komponen baharu yang disasarkan untuk mengurangkan berat dan kos. Tempat duduk hadapan yang sebelum ini menggunakan jenama Recaro kini digantikan dengan unit Sparco yang lebih murah dan ringan.

Evora 400 dijana oleh enjin  3.5 liter V6 yang mampu mengerahkan 400 kuasa kuda dengan 410 Nm daya kilas. Ini juga merupakan kereta sports pertama Lotus yang berjaya mencapai 400 kuasa kuda! Kelajuan maksimum Evora 400 mampu mencecah 300 km/h dan hanya mengambil masa 4.2 saat untuk mencecah kelajuan 0-100 km/h dari keadaan pegun.

Chasis aluminium Evora 400 juga merupakan yang terbaharu dan membolehkannya menjadi lebih pantas daripada model sebelumnya kerana telah kehilangan berat keseluruhan sebanyak 22kg. Rekaan muncung hadapan dan belakang telah diberikan sentuhan yang lebih segar selain ruang dalamannya yang turut dinaik taraf dan lebih menarik. Lotus menjangka model ini akan memasuki pasaran Eropah pada musim panas dan penghantaran akan bermula pada bulan Ogos tahun ini. Bagi pasaran Amerika Utara pula, ia akan diperkenalkan pada musim luruh ini sebagai model 2016.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Lotus-Evora-400-1 Lotus-Evora-400-6 Lotus-Evora-400-12 Lotus-Evora-400-9 Lotus-Evora-400-5 Lotus-Evora-400-4 Lotus-Evora-400-8 Lotus-Evora-400-7

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Terbaik Lotus, idea yg bernas, no more bulan dan bintang, but achievable target…. moga proton melakukan tindakan drastik tentang gaya, safety dan image kenderaan mereka mengikut jejak yang sama. IMAGE >>> GAYA >>> SAFETY >>> UNDER SECRET PROJECT. Any mole engineer or staff membuka rahsia mengenai projek (samaada bahan imej, gambar prototaip, berita, penulisan, dan rahsia besar syarikat dlm pembangunan teknologi baru) perlu dipecat sahaja kerana merosakkan image Proton kerana berlaku staff tidak amanah pada tugas dan bersalah sabotage perniagaan majikan, tidak berintegriti, missleading, false hood act, data protection breach, unprincipled, unethical, and internal spying activity. Jika staff atau vendor mereka orang beriman, mereka tidak sesekali men’sabotage’ dan boleh dikenakan dibawah akta Data Protection Act 2010, dan boleh di lapor kepada CYBER999 – Cyber Security. Your act will be traced and recorded as prove for pendakwaan di mahkamah.


  • Heya і am f᧐r the first time herе. I ϲame acroѕs this board and I to find It realoly
    usseful & іt helped me oout ɑ lot. I am hoping tto ofer ѕomething again and helр օthers such as you aided mе.

Leave a Reply