ARKIB

KATEGORI

Tular

Halang laluan dan berkata lucah terhadap wanita, pemandu Perodua Kelisa disyaki mabuk ditahan

Tular

Views

Perbuatan biadap seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan enggan mengalihkan keretanya yang menghalang kenderaan lain di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Springhill, di Port Dickson kelmarin, ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, penahanan dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Jelas beliau, dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada parkir kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

Tambah beliau, ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan menularkan video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin tular satu video kejadian sekitar jam 6.30 petang apabila seorang wanita yang bernama Tir Thira dalam media sosial Facebook.

Wanita terbabit yang mahu keluar selepas membeli juadah berbuka puasa, sudah cuba menegur lelaki itu yang duduk dalam kereta Perodua Kelisa yang menghalang kenderaannya.

Video tersebut telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata daripada mereka berang dengan lelaki tersebut yang cuba bersikap biadap, selain mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply