ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Halo berjaya lindungi kepala Lewis Hamilton

Sukan Permotoran

Views

Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton berkata, beliau bernasib baik dapat terus hidup selepas mengalami satu lagi kemalangan dengan pencabar utama Formula Satu (F1), Max Verstappen.

Menurut Berita Harian, jentera Red Bull yang dipandu pelumba dari Belanda itu meluncur di atas jentera Mercedes ketika kedua-duanya terbabit dalam kemalangan di Grand Prix Itali, di Litar Monza, semalam.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Hamilton, 36, terselamat daripada mengalami kecederaan serius kerana gegelung titanium yang dipanggil “Halo” itu menghalang hentaman pada topi keledarnya namun tayar jentera Verstappen masih hinggap di kepalanya.

Pemandu Britain itu yang kemudiannya mengadu sakit leher, mengakui dia terselamat kerana pelindung itu mengurangkan berat tayar depan jentera Red Bull yang menghentam kepalanya.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Hamilton berkata, secara jujur beliau rasa sangat sangat bernasib baik. Syukur kerana ada pelindung itu. Ia telah menyelamatkannya dan juga lehernya.

Tambahnya, beliau tidak pernah dilanggar pada bahagian kepala oleh kereta sebelum ini dan ia satu kejutan buatnya.

Ujarnya, jika anda melihat gambar itu, kepalanya agak jauh ke depan. Tambahnya lagi, beliau sudah berlumba untuk tempoh yang lama dan merasa sangat bersyukur masih ada di sini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply