ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hampir 6,200 unit Perodua Bezza 2020 berjaya didaftarkan pada bulan Januari – Garnet Red paling popular

Info

Views

Nampaknya sambutan pembeli terhadap Perodua Bezza 2020 cukup hangat kerana menurut info dalaman, pada bulan Januari lalu, hampir 6,200 unit model sedan tersebut telah berjaya didaftarkan. Meskipun harganya naik sedikit, ini langsung tidak menjejaskan permintaannya yang semakin kukuh.

Kami difahamkan antara sebab model tersebut terus diminati ialah kerana spesifikasinya menepati selera rakyat Malaysia yang menyukai ruang kabinnya yang sangat lapang dan ruang but yang paling besar dalam kelasnya.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Tambahan pulan, varian teratas, iaitu AV pula didatangkan dengan ciri canggih Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang sangat membantu apabila diperlukan. Jika anda masih ragu-ragu, boleh tanya sendiri pemilik kenderaan Perodua yang memilik ciri ini.

Menurut sumber dari rakan-rakan penasihat jualan Perodua, warna yang ‘paling laku’ dan popular di kalangan  Bezza di bulan Januari adalah Garnet Red. Mungkin, kebanyakan pembeli mahukan kereta yang membawa ‘ong’ atau tuah kepada mereka sempena Tahun Baharu Cina.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Kata mereka, ada cawangan yang menerima sehingga 35-40 peratus dan ada juga yang sampai separuh tempahan untuk Bezza berwarna merah ini. Menurut mereka lagi, jualan Bezza hangat seperti ‘pisang goreng panas’, senario yang sama pada ketika ia lebih kurang setahun selepas dilancarkan.

Bulan Januari sememangnya agak mencabar sebab ramai orang sudah berhabis duit pada musim perayaan berganda Krismas dan Tahun Baharu, namun kami meramalkan jualan Perodua setidak-tidaknya mampu mencecah sekitar 17,000 unit pada bulan pertama tahun 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Bezza 2020

Lakaran awal Bezza 2020

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply