ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hampir empat jam kena pasang balik ‘ekzos standard’ kat balai polis

Berita Tempatan

Views

Tindakan 10 individu mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising melampau membawa padah apabila terpaksa berhempas pulas hampir empat jam menukar semula ekzos itu semula kelmarin.

Menurut K! ONLINE, kesemua mereka berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan itu dikehendaki membawa ekzos ‘standard’ bagi proses penukaran yang dilakukan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu menahan 12 buah motosikal dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di sekitar daerah ini bermula pukul 5 petang hingga 8 malam kelmarin yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut hanya 10 buah motosikal didapati melakukan kesalahan ujian paras bunyi terhadap ekzos yang telah diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Rata-rata jenis motosikal yang melakukan kesalahan itu adalah jenis Yamaha Y15ZR dan LC 135 dengan siasatan mereka melakukan pengubahsuaian demi kepuasaan diri sendiri.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Tambah beliau, hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ dengan motosikal idamannya. Kata beliau, mereka telah dikenakan saman minimum RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17 keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

Tambah Ramli, kompaun RM300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan. Polis juga mengeluarkan 29 keping saman atas kesalahan lain termasuk berhubung nombor pendaftaran iaitu kecil dan fancy, tiada lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan serta cermin sisi selain tidak mempamerkan tanda pengenalan ‘L’ dan ‘P’.

Kata beliau lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut menyertai operasi itu mengeluarkan 32 notis arahan periksa. Justeru, Ramli menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal agar mematuhi undang-undang jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kuala Selangor

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply