ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya 35 unit kenderaan e-panggilan sudah dihantar ke Puspakom

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, daripada 200,000 unit jumlah keseluruhan kenderaan e-panggilan, hanya 35 unit sahaja yang telah hadir untuk menjalani pemeriksaan Puspakom di seluruh negara sehingga 10 April lalu. Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd Mohammed Shukor Ismail menggesa pemandu mereka supaya tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk berbuat demikian.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kesulitan seperti tidak mendapat kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan atau kesesakan pada saat-saat akhir. Tambahnya lagi, Puspakom melanjutkan waktu operasi kepada tujuh hari seminggu di 19 cawangan Puspakom terpilih untuk kemudahan pemandu kenderaan e-panggilan.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Mohammed Shukor berkata mereka juga tidak perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan menjalani pemeriksaan di Puspakom. Kerajaan akan mula menguatkuasakan peraturan tertentu bagi perkhidmatan e-panggilan di negara ini mulai Julai nanti.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply