ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya mahu pastikan tiada kesesakan ketika konvoi Mustang – JPJ

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan kehadiran kenderaan milik jabatan itu semasa konvoi Kelab Mustang Malaysia ke Perlis pada Jumaat lalu hanyalah untuk memastikan kelancaran aliran trafik.

K! ONLINE melaporkan, Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihak penganjur meminta jabatan itu membantu bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesesakan jalan raya yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain.

Katanya, semasa kembara itu memasuki Perlis, JPJ bertindak memecahkan konvoi kepada beberapa kumpulan kecil terdiri daripada 10 hingga 12 buah kenderaan.

Setiap kumpulan kecil itu bergerak dengan dipandu arah oleh kenderaan JPJ sebagai kereta pengiring ke destinasi dituju bagi memastikan mereka tidak tersasar dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Pergerakan kembara tersebut tidak menggunakan laluan sesak dan pemilihan jalan raya yang lebih jauh serta tidak sibuk dengan kenderaan lain dipilih bagi memastikan keselesaan kepada pengguna lain.

Katanya, tiada kawalan protokol dilakukan dan pergerakan kumpulan kecil kembara itu perlu patuh kepada peraturan jalan raya seperti pengguna lain termasuk berhenti ketika lampu merah serta bergerak hanya pada kelajuan 60 kilometer sejam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komen warganet yang mempersoalkan tindakan JPJ yang mengiring (escort) atau kawalan protokol ke atas peserta konvoi Kelab Mustang Malaysia.

Difahamkan lebih 50 kenderaan dari seluruh negara menyertai program kembara yang diadakan selama tiga hari di beberapa lokasi sekitar negeri Perlis.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, pihak JPJ turut melakukan advokasi kepada peserta mengenai kesalahan-kesalahan lain seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, penggunaan cermin gelap serta lain-lain pengubahsuaian.

Semua maklumat peserta kembara itu telah diambil pihak JPJ semasa program advokasi diadakan dan pemeriksaan rambang mendapati ada dalam kalangan peserta mendapat kelulusan menggunakan cermin gelap.

Difahamkan, penggunaan cermin gelap sepenuhnya ke atas sesebuah kenderaan dibenarkan atas beberapa faktor seperti keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

Menurut Fatimah, baru-baru ini, pihaknya turut melakukan advokasi sama terhadap kumpulan kembara bermotosikal anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Fatimah turut menyarankan agar semua pihak yang ingin melakukan aktiviti kembara atau konvoi mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebelum ia program itu berlangsung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply