ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya sempat enam hari bergelar isteri, suami maut angkara lubang jalan

Berita Tempatan

Views

Enam hari bergelar isteri dan menikmati detik manis sebagai pengantin, namun Azimah Zahari, 31, reda dengan ketentuan Ilahi apabila suaminya pergi buat selamanya.

Hairul Hafizi Mursid, 34, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar lubang dan terjatuh di Jalan Temerloh-Jerantut berhampiran Kampung Lubuk Kawah, di Temeroh sekitar pukul 10 malam, Jumaat lalu.

Menurut Azimah, kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah pasar raya di daerah ini ke rumah mereka di Felda Jengka 17, Maran.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada menunggang motosikal atau menaiki kereta. Pada Jumaat lalu, kami pergi berasingan. Suami tunggang motosikal sebab katanya hendak servis kenderaan itu.

“Dalam perjalanan pulang malam itu, saya ikut rapat belakang suami dengan kereta. Cuma bila tiba dekat dengan lokasi kejadian, saya agak ke belakang sedikit sebab keadaan jalan berselekoh dan berbukit.

“Saya melepasi tempat suami terjatuh, tetapi saya pusing semula sebab kenal dengan warna motosikal itu. Tak disangka suami saya yang terjatuh terlanggar lubang. Itu yang orang awam bagitahu pada saya,” katanya di sini semalam.

Menurut Azimah, dia memanggil suaminya, namun tiada sahutan kerana Hairul Hafizi dalam keadaan separuh sedar dan sedang mengerang kesakitan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Katanya, orang awam yang berada di lokasi membantu menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menghantarnya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

“Bila tiba di Hoshas, saya mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau 10 minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklum, suami saya sudah meninggal dunia.

“Lepas doktor cakap macam itu, saya betul-betul terkejut, tergamam. Walaupun dia sudah tiada, tetapi saya akan tetap anggap dia masih ada di sisi. Banyak kenangan bersama suami sejak awal perkenalan,” ujarnya.

Wanita itu berharap pihak bertanggungjawab segera menyelenggara jalan di kawasan arwah suaminya kemalangan kerana keadaan di situ selalu ada takungan air, licin serta berlubang. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply