ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya syarikat ada AP francais dilantik MITI, dibenar import model baharu Lamborghini

Berita Tempatan

Views

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melaksanakan sekatan import bagi kenderaan kenderaan import sepenuhnya (CBU) jenama Lamborghini berkuatkuasa 17 Ogos lalu.

Menurut Berita Harian, dalam surat kepada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), MITI memaklumkan bermula dari tarikh berkenaan, syarikat yang memiliki permit import (AP) terbuka tidak lagi dibenarkan mengimport kenderaan CBU kategori baharu Lamborghini.

Surat bertarikh 18 Ogos kepada Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abdul Rahman turut menyebut, hak eksklusif bagi mengimport kenderaan CBU baharu Lamborghini dipegang oleh syarikat AP francais yang telah dilantik oleh MITI.

 

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

BH difahamkan sekatan berkenaan sebenarnya telah lama dilaksanakan kerajaan, cuma tiada kawalan ketat dan pemeriksaan terperinci dibuat ke atas pemegang AP terbuka yang mengimport kenderaan Lamborghini baharu.

Turut difahamkan, sekatan berkenaan hanya tertakluk kepada kenderaan baharu sahaja dan pemegang AP terbuka boleh mengimport kenderaan terbabit selepas 12 bulan daripada tempoh pengeluaran dari kilang di Itali.

SunAgata Supercars Sdn Bhd adalah satu-satunya pemegang AP francais bagi mengimport jenama berkenaan daripada prinsipal, Automobili Lamborghini S.p.A untuk pasaran Malaysia.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pelantikan rasmi syarikat persendirian diperbadankan pada Julai 2020 itu dibuat Automobili Lamborghini bermula pada Januari 2021. Sebelum ini, JH Italia adalah pengedar kenderaan Lamborghini di Malaysia.

Pada Mac lalu, SunAgata Supercars yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Chan secara rasmi membuka bilik pameran dan pusat servis, Lamborghini Kuala Lumpur bagi menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk jenama Itali itu di Malaysia.

SunAgata Supercars yang juga pengedar tunggal sah Lamborghini dan pembekal perkhidmatan selepas jualan beroperasi di Glenmarie, Shah Alam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lamborghini Kuala Lumpur

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply