Bermula Februari 2022, hanya pelanggan yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand, lapor Agensi Berita Xinhua.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Menurut Astro AWANI, Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Greg Foran berkata, pihaknya kini sedang bersiap-siap untuk berhubung kembali dengan dunia dan memaklumkan kepada pelanggan apa yang perlu mereka lakukan untuk bersedia berlepas dengan pesawat mereka.
Syarat vaksinasi itu tertakluk kepada semua penumpang berusia 18 tahun ke atas untuk ketibaan dan pelepasan. Pelanggan yang tidak divaksin perlu mengemukakan bukti mereka tidak boleh divaksin atas alasan perubatan.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Katanya, vaksin COVID-19 kini adalah realiti baharu perjalanan antarabangsa, banyak destinasi yang ingin dikunjungi sudah ditutup untuk pengunjung yang tidak divaksin. Tambahnya, semakin cepat kita divaksinasi, semakin cepat kita dapat terbang ke pelbagai tempat seperti New York, Vancouver dan Narita.
Pihaknya juga mendengar maklum balas pelanggan dan pekerja bahawa langkah ini penting bagi mereka. Ujar beliau lagi, syarat itu akan memudahkan dan memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak iaitu pelanggan mahupun pekerja.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI